Want your
own Fotopage?








 
Ummizy In Da house

By: zy alyas

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 11-Jan-2010 06:13 Email | Share | | Bookmark
Blog

Skang aku dah jarang update FP..apa2 pon,singgah la kat blog aku yer...





We have to move to

http://zyalyas.blogspot.com
http://incomemingguan.net/azizah

Every one remembers that life is high priced, nevertheless some people need money for various stuff and not every man earns big sums cash. So to receive good <a href="http://lowest-rate-loans.com/topics/home-loans">home loans</a> or sba loan would be good way out. Fri 19-Mar-2010 18:56
Posted by:NanettePratt  - [Link]
Add comment


Friday, 11-Dec-2009 02:41 Email | Share | | Bookmark
Mari masak...

Hbby masak .Daging palembang
ikan bakar..
Daging kicap utk kasyful
Sambal kentang ikan bilis
ayam goreng kunyit
Gambar nie sume last week punya..xsempat nk upload.

Revolusi Perniagaan Di Internet Hanya dari Rumah Kini Revolusi Perniagaan Di Internet Hanya dari Rumah Kini Semakin Popular..Seminit lagi akan merubah persepsi anda tentang "revolusi perniagaan internet global"..


Jom Online Bersama Saya,

Bagaimana Seorang Surirumah
Mampu Menjana Pendapatan Sampingan
Hanya dengan Kuasa Internet!
http://incomemingguan.net/azizah/
Mon 28-Dec-2009 02:47
Posted by:zy alyas  - [Link]
Add comment


Friday, 11-Dec-2009 02:20 Email | Share | | Bookmark
Wrestling..wrestling..

 
 
 
View all 9 photos...
Erm..anak aku skang dia asik nk gusti jer..Kl nampak bdk baya dia atau yg besar skit,mula la dia nk wrestling...sometimes aku dgn ayah dia pon blh dibuat lawan..Adoi,penat jgk!!Agaknya dia geram sgt ke apa tak tahu la.

.Pernah skali p umah kwn hubby.Adala anak dorang baya2 Kasyful,sampai menangis2 bdk tue dibuatnya.Dh la menangis,dikejarnya bdk tue lagi smpai meraung2..Dlm ktorg dok leka bsembang,itula kerja yg dia bt.Dh byk kali larang/tegur tp dia mana la faham.bila ayah dia marah,br la nk diam.Tapi,bila kena marah,dia plk menangis bagai tak ingat dunia.Sabar aje la.

Kekadang,aku hilang sabar jgk tp hubby sll tenangkan aku..sabar..sabar...Aduh,makin besar makin ligat plk dia.Skang nie sume pandai dah.Sliding door dh blh buka..Yang tue kira ok lg..Skang nie pagar besi yg besar kt umah pon dh blh tolak.Pagar tue berat jgk la tp ada kudrat dia tarik tuh..aku risau dia tlepas ke jalan..pasal tue skang kena letak pagar kt sliding door plk...

Add comment


Friday, 11-Dec-2009 01:25 Email | Share | | Bookmark
Sekitar November 2009

 
 
 
View all 46 photos...


Add comment


Friday, 27-Nov-2009 07:38 Email | Share | | Bookmark
Edisi Aidiladha 2009

 
 
 
View all 33 photos...
Tahun ni sambut raya haji kt Mantin jer...wp xsemeriah mcm di kelate,tp agak ok laa....


Good article.<a href="http://www.wholesaleexport.net/">discount clothes</a>I like your article very much, support you,<a href="http://www.wholesaleexport.net/">clothes wholesale</a> hope to hear from you next time soon. Sat 24-Dec-2011 00:15
Posted by:wholesale designer clothes  - [Link]
I like this post very much.<a href="http://www.withthesale.com/">designer clothes online</a> it looks so well. <a href="http://www.withthesale.com/">designer clothes outlet</a>and i am liking here. Sat 24-Dec-2011 00:16
Posted by:wholesale designer clothing  - [Link]
What an wonderful article is! You are my allah.<a href="http://www.cheaphandbagsless.com/">discount designer handbags</a> thank you for your good sharing.<a href="http://www.cheaphandbagsless.com/">cheap handbags wholesale</a> Sat 24-Dec-2011 00:20
Posted by:cheap handbags  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 23-Nov-2009 04:02 Email | Share | | Bookmark
Mari kita buat undian...


Add comment


Friday, 20-Nov-2009 00:43 Email | Share | | Bookmark
Foto terbaru Kasyful

 
 
 
View all 36 photos...
Buat tatapan rakan2 sume,inilah wajah terbaru Kasyful...masih lagi dgn berat 9kg..dalam usia 1 tahun 3bulan..Walaupun selera makan ok tapi berat badan kt situ lagi cz mungkin dia tgh lasak..asik nk berlari jer...





JOM JOIN DSG NETWORK
BOLEH DAPAT FREE LAPTOP SONY VAIO
BOLEH DAPAT FREE LAPTOP DELL
BOLEH DAPAT FREE LAPTOP APPLE MAC PRO
BOLEH DAPAT FREE HANDPHONE NOKIA E71, SAMSUNG OMNIA, HTC DIAMOND2
BOLEH DAPAT FREE MOTORSIKAL YAMAHA LC135, MODENAS GT128
BOLEH DAPAT FREE TV SAMSUNG 40", PETI SEJUK SAMSUNG, MESIN BASUH SAMSUNG
BOLEH DAPAT FREE SONY PSP, JAM TANGAN, HANDBAG LV
DAN BYK LAGI WOOO...
DAH RAMAI YG DAH DPT FREE WOO..
019-347 4727 >> MFAIHAS
019-369 1689 >> NOREHAN
http://dsgnetwork-343.blogspot.com/
Fri 20-Nov-2009 17:19
Posted by:MasterPlan-343  - [Link]
Hehe.. cantik buaian.. Wed 9-Dec-2009 04:04
Posted by:Zoomer Photography  - [Link]
Buaian pinjam tue...amil kt fotopages sape eh hr tue..pinjam jap yer... Thu 10-Dec-2009 04:35
Posted by:zy alyas  - [Link]
Add comment


Thursday, 19-Nov-2009 00:39 Email | Share | | Bookmark
Makan apa hari ini yer...

 
 
Erm...dah lama betul tak update masakan kt Fp nie yer..ok,nie ada sket gmbr jer..sory,resepi xsempat nk tmbh.Ayam beriani nie Kasyful cukup suka.Maybe rasanya yg manis2 skit n xpedas..bila makan,berselera sungguh...

Jom menjana duit tanpa had:


http://1besthypro.com/?id=zyalyas82
Wed 26-May-2010 00:47
Posted by:zyalyas  - [Link]
Add comment


Monday, 16-Nov-2009 06:55 Email | Share | | Bookmark
Novel Terbaru..

 
 
 
Haa...ini merupakan antara novel terbaru yg aku beli melalui online..tapi blm baca lagi coz xsampai lagi..Isk..xsabar nk baca nie cz baca kt internet ramai yg ckp best...

Sinopsis:
Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3669-65-3
Mukasurat : 588 Halaman
Harga:RM19.90

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."[u]


Tajuk : Cinta Kau dan Aku
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5234-28-6
Mukasurat : 684 Halaman
Harga:RM 19.90

Karya Terbaru Novelis Andai Itu Takdirnya!!

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.

Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~


Tajuk : Takdir Yang Terindah
Pengarang : Nana Faiz
Penerbit : KarnaDya Solutions
ISBN : 978-3316-95-3
Mukasurat :
Harga:RM18.00

Qistina Diyana, gadis manja ini hidup penuh ceria di samping Lynda dan Juraita, teman baiknya yang bermula di alam persekolahan. Namun, setelah meningkat awal dewasa, Qistina terpaksa melalui satu kehidupan yang tidak pernah terlintas di fikirannya.

Tatkala kasih yang dibajainya sedang berbunga terhadap Izwan Firhan, Qistina dipaksa supaya melupakan jejaka yang telah lama bertakhta di hatinya. Rahsia keluarga yang selama ini tersimpan rapi akhirnya tersingkap dan memaksa dia akur untuk memenuhi satu permintaan saudara kandungnya, apatah lagi apabila ianya berkaitan pengorbanan yang pernah dihulurkan Haikal Hakimi, sahabat baik abangnya itu.

Pertemuan semula di antara Haikal menjadi satu kejutan buat Qistina kerana tidak disangkakan mereka pernah bertemu dalam satu kejadian salah faham.

Perancangan keluarga Qistina untuk menyatukannya dengan Haikal telah memulakan dan menimbulkan konflik dalaman di dalam dirinya. Apakah rahsia dan pengorbanan yang telah dilakukan Haikal Hakimi terhadap keluarga Qistina itu sehinggakan dia dipaksa menerima lelaki itu?

Mampukah dia melalui kehidupan bersama lelaki yang tidak dicintainya itu malah untuk berkongsi kasih dalam satu ikatan di antara suami dan isteri? Benarkah rasa cinta itu dapat dipupuk setelah terbinanya mahligai yang dia sendiri tidak pasti akan bahagianya?

anda boleh baca coment n ulasannya kat link ini:
http://novelcinta.multiply.com/reviews/item/437

tx to http://www.kedai-buku.com cz sy dh dpt novel terbaru..xsabar nk baca nie.. Tue 17-Nov-2009 05:40
Posted by:zy alyas
Add comment


Monday, 16-Nov-2009 05:51 Email | Share | | Bookmark
Chong Wei juara Terbuka Hong Kong 2009

KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya merangkul kejuaraan keenamnya musim ini selepas meraih gelaran badminton Terbuka Hong Kong, semalam.
Walaupun terpaksa diheret ke permainan set penentuan, aksi bersemangat Chong Wei memberikan kejayaan bermakna buatnya menumbangkan pemain veteran Denmark, Peter Hoeg Gade 21-13, 13-21, 21-16.
Chong Wei yang beraksi selepas berehat dua bulan akibat kecederaan, bermula dengan baik pada set pertama meninggalkan lawannya 11-6.
Aksi meyakinkan diteruskannya apabila meninggalkan jauh lawannya itu 16-8 sebelum memenangi set pertama 21-13.
Bagaimanapun, Chong Wei terpaksa berhempas-pulas pada set kedua, selepas saling mengejar mata, dia mula hilang tumpuan apabila ketinggalan 17-10 sebelum tewas 21-13.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu yang menumpaskan Bao Chunlai di separuh akhir kelmarin, kembali menemui sentuhan pada set ketiga.
Ketinggalan 0-3 pada awal set penentuan itu tidak menghalang Chong Wei untuk mempamerkan aksi agresif dan memaksa Hoeg Gade bergerak di setiap penjuru gelanggang.
Ia membolehkan Chong Wei kembali mengusai permainan dengan mendahului 12-6 dan Hoeg Gade semakin tertekan di akhir-akhir saingan selepas ketinggalan 16-9, sebelum tewas 21-16.
Chong Wei, 27, yang baru sembuh daripada kecederaan lutut menamatkan perlawanan tersebut dalam tempoh 58 minit.
Selain Terbuka Hong Kong, Chong Wei turut meraih gelaran Siri Super Terbuka Malaysia, Switzerland serta Indonesia, selain kejuaraan Grand Prix Emas, Terbuka Macau dan Malaysia.
Dalam aksi perseorangan wanita akhir, pemain negara tembok besar, Wang Yihan berjaya menumpaskan rakan senegara Jiang Yanjiao 21-13, 21-15.
Turut melakar kejayaan ialah beregu lelaki Korea Selatan Jung Jae Sung - Lee Yong Dae yang mengetepikan cabaran pasangan Denmark, Lars Paaske - Jonas Rasmussen 13-21, 21-15, 21-8.
China juga unggul dalam acara beregu wanita apabila Ma Jin - Wang Xiaoli mengenepikan rakan senegara Du Jing - Yu Yang 16-21, 21-19, 21-12.
Pasangan Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda Kostiuczyk melakukan kejutan dalam beregu campuran selepas mengalahkan pasangan Indonesia yang merupakan pilihan ketiga kejohanan, Nova Widianto - Liliyana Natsir 22-20, 21-16.

Wah..rugi plak xtgk tv mlm td...

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com